Blog

Hot Deals !!

Small text message

Monsun-biz.com: dikawal @ mengawal

Isnin, 28 Julai 2008 - - 0 Comments

Monsun, monsun-biz, monsun-biz.com, monsunbiz, monsunbiz.com sudah terlalu "panas" di dunia maya dengan istilah2 ini. Pembongkaran demi pembongkaran, hujah demi hujah, pandangan sudah terlalu banyak dibuat. Namun begitu apakah kenyataan-kenyataan itu membawa maksud y sebenar atau sekadar pendapat y tidak tepat, permainan kata atau propaganda?

Apa y pasti segala tohmahan itu mencerminkan keperibadian si penulis dalam menilai suatu2 perkara. Menggambarkan pandangan negatif kerana minda y negatif. Mentafsirkan diri sebagai seorang y "dikawal" oleh kelemahan2 y wujud pada suatu y mereka rasakan tidak selari dengan kehendak dan keinginan mereka.

Bukankah sepatutnya sebagai manusia berakal, kita seharusnya tidak kalah dengan kelemahan2 itu. Malah kitalah y seharusnya mengatasi segala kekurangan itu dengan melahirkan idea2 y baru mahupun pembaharuan. Terus2an memberi cadangan.. atau jika punya kekuatan pasti saja mampu menukarkan kelemahan2 itu, perkara negatif itu kepada suatu y mampu memberi impak positif kepada semua pihak.

Bukan hanya menjadikan keadaan y buruk kepada lebih buruk supaya diri boleh menangguk di air keruh demi kepentingan peribadi.
Bukan sekadar bermainkan api supaya terbakar seluruh dunia sedangkan sekumpulan nyamuk, bisa saja disembur dengan racun serangga.
"Anak kecil" main api terbakar cuma hatinya y sepi, kerana akalnya "besar".
Kalau "si besar" main api, jangan pula terbakar diri kerana "kecil"nya akal.

Usah biarkan diri kita dikawal oleh api kemarahan sehingga akal dipenuhi abu hitam y menggelapkan hati.
Sebaliknya kitalah y sepatutnya mengawal api kemarahan itu dan membebaskan hati dari debu y menyesakkan.

Kalaupun timbul masalah berkenaan monsun biz, bukankah itu di antara monsuners dengan MIRSB, bukan di antara monsuners dengan monsuners. Apa y cuba disampaikan di sini ialah, MIRSB menjual pakej monsun biz kepada pembeli (monsuners) dan kini ia adalah milik sama semua monsuners seluruh Malaysia.

Jadi, sekiranya anda menyampaikan apa sahaja y negatif berkenaan monsun biz dengan cara y melampau ianya tidak memberi kesan banyak mana pun di pihak MIRSB memandangkan mereka sudahpun berjaya menjual pakej2 tersebut. Sebaliknya, monsuners y menjadi pemilik lot2 monsun ini, y masih bertungkus-lumus mencari penyelesaian di sebalik masalah y dihadapi ini y menjadi mangsa, menerima impak maksima di dunia online mahupun offline.

(bahagian ini sedang di update atau akan disambung bila berkesempatan)




(bahagian ini sedang di update atau akan disambung bila berkesempatan)

Untuk gambaran secara general, sila baca post Monsun-biz.com, ke'KUAT'an @ ke'TAKUT'an.

This entry was posted on 11:18 PG You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: