Blog

Hot Deals !!

Small text message

Tidak boleh dikongsi atau tidak mahu dikongsi ?

Ahad, 3 Ogos 2008 - - 2 Comments

“Teknik dan peluang tidak boleh dikongsi. Kalau kongsi orang tak panggil peluang.. ?”

Hmm.. kenapa tidak boleh dikongsi? Kalau tidak dikongsi itu kedekut namanya.. Bukankah kita digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan. Lebih banyak y kita beri, lebih banyak y bakal kita terima dengan izin-NYA.
Persoalan sebenar ialah samada mahu dikongsi atau tidak mahu dikongsi.
Apa sahaja boleh dikongsi akan tetapi sejauh mana peratus perkongsian itu (masih ada secret weapon atau di mana letaknya keuntungan ) atau juga sejauh mana ianya berkesan (walaupun dibuka 100 % rahsia) kerana tidak semua cara memberi kesan y sama kepada setiap individu.

Tidak mustahil juga, mereka2 y tidak kedekut untuk berkongsi ini bukan tidak mahu memberikan 100 % ilmu di dada cuma mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, menerangkan sesetengah perkara dengan tepat dan betul. Tidak salah juga jika dikatakan sebahagian mereka fikir,
“Oh, y ni tidak penting sgt. Takpe, bagitau sahaja perkara2 lain.”
Sedangkan sebenarnya y dianggap tidak penting itulah teknik terhebat! Cuma mereka terlepas pandang atau tersalah anggapan.

Jadi mengapa kita harus berburuk sangka? Bukankah kita seharusnya berbaik sangka?
Akan tetapi sekiranya mereka menjual teknik dan cara itu dengan tidak sempurna, bolehlah kita katakan,
“Apa ni..jual something y tak lengkap. Aku ingatkan bayar RM100 ni da complete. Rupanya nak beli software lain lagi, nak bayar itu dan ini.”
Persoalannya bagaimana pula kita boleh ‘terbeli’ sesuatu y tidak lengkap ini?

Nak menyalahkan si penjual semata-mata? Hmm..adakah ia menyelesaikan masalah? Adakah kita dapat kebaikan y lebih besar dengan menuding jari, meletakkan kesalahan kepada si penjual sebagai alasan?
Kalau inilah caranya, tiada apa y kita belajar walaupun punya “pengalaman” sebagai guru y hebat. Jadi usah lagi berkata,
“Aku lebih dulu makan garam dari kau.” atau ;
“Kau hanya budak mentah, ape tau?” atau ;
“Umur setahun jagung, ade hati nak….” atau ;
“Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.”

Hmm..pengalaman banyak mane pun tapi kalau tak belajar dari kesilapan, tak reti nak buang y keruh dan ambil y jernih. Biarkan sahaja pengalaman tu berkubur. Usah si ketam nak mengajar anak berjalan lurus pula. Sendiri tak mahu muhasabah diri, hanya nak cari kuman diseberang laut sampai bila pun tak improve. Mati kena pijak dek gajah depan mata, sesal kemudian tidak berguna..

Berbalik pada persoalan, si penjual berjaya meyakinkan pembeli untuk melariskan jualan mereka. Cubalah lihat dari kaca mata si penjual pula y mengamalkan teknik untuk ber’marketing’. Di bidang dia, itulah y betul. Pada fikiran dia, itulah y sepatutnya.

Iyelah..kalaupun si penjual tu silap cara, nak salahkan seumur hidup pun tidak berguna. Menangis air mata darah sekalipun masa tidak akan berputar kembali. Kenapa tidak cari alternatif untuk teruskan hidup? Bukan bermaksud buang sahaja apa y dibeli tadi tapi manfaatkan apa sahaja selagi boleh. Dah tertipu dek penjual tadi jadi kenapa tidak kita jadi lebih bijak dengan menukarkan sesuatu y ‘tidak berapa menjadi’ itu sesuatu y boleh membawa kebaikan, menghasilkan pendapatan melaluinya.

Sudah berhabis duit jadi kenapa nak membazir pula. ‘Barang’ y ada nak dibuang ke tepi kerana marah y tiada sudahnya. Macam tu? Takde usaha langsung.. betul2 mahu duduk diam dapat duit. Kalaupun xnak kerja keras, nak duduk goyang kaki dapat duit paling tidak akal tu gunalah sikit.

Kepada si pembeli pakej monsun :
Y sudah membuat bayaran samada penuh atau belum. Usah fikir kamu sorang je dalam dunia ni y dah buat payment. Usah fikir kamu sorang je dalam dunia ni y ‘bukan orang senang’ untuk keluar duit macam tu aje. Ramai y lagi susah dari kamu tapi xde pun tarik perhatian dunia untuk dapatkan simpati. Malah masih terus bekerja keras nak dapatkan pulangan atau nak improve mane y perlu. Paling tidak pun berusaha memberikan idea untuk kebaikan semua. Tak tau cane? Ok, join monsun komuniti.. kita bincang dalam forum di kalangan kita2 sendiri. www.monsunbiz.co.cc

Sebelum terjual, monsun biz adalah milik MIRSB tapi sekarang ianya milik bersama seramai lebih seribu orang Monsuners dan ia adalah aset milik kamu juga. Satu perkataan y kamu keluarkan.. kutuk2 monsun biz ni kamu ingat kamu rosakkan biz siapa? Kamu rosakkan biz kamu sendiri dan seribu lagi y senasib dengan kamu. Walaupun MIRSB jual ‘benda’ y tak lengkap tapi xde pun mereka buruk2kan monsun biz. Kamu y jatuhkan biz sendiri.. tolonglah diri sendiri dulu. Tengok di mana silap sendiri, usah tarik Monsuners y lain ikut serta untuk gagal. Selama berbulan2 Monsuners lain masih terus berusaha dan bertahan, senang2 je kamu rosakkan market.

Kamu ingat bloggers y kamu bagitau kisah2 tu akan tolong kamu ke? Mereka tu sekadar ambil kesempatan atas cerita sensasi je tau. Mereka terus2an menjatuhkan monsun biz.. (biz siapa kalau bukan biz kamu dan Monsuners y seangkatan dengan kamu..). Mereka berusaha keras menjauhkan semua orang dari mengunjungi monsun biz sedangkan kalau ada sesiapa y berkunjung ke monsun biz dan sewa panel kamu, bukan pendapatan ke? Kalau bermasalah dengan MIRSB, usah libatkan monsun biz sebab ia adalah milik semua Monsuners. Nak meluah perasaan, nak berbincang pilihlah orang y betul. Monsuners ni ramai y sentiasa berbincang sesama sendiri untuk kebaikan semua, jadi guna saluran y betul. Semua monsuners adalah senasib dengan kamu jadi segalanya perkongsian adalah untuk kebaikan kamu juga. Selain Monsuners, hampir semua cuma nak manipulasi kisah kamu untuk kepentingan mereka je (walaupun bukan semua tapi masih belum nampak y pertahankan monsun biz y kamu bayar dengan harga y tinggi tu.)

Y lepas biarlah berlalu.. (walaupun takkan biar berlalu macam tu je..). Apa y penting sekarang ni semua Monsuners sama2 berusaha untuk menaikkan monsun biz milik bersama ni. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Apa2 masalah, selesaikan secara bersama. Kalau tak boleh dengan cepat pelan2 lah kayuh tu. Monsuners kan sudah ‘berkomuniti’.

Kalau kamu terus2an menjatuhkan monsun biz milik bersama Monsuners, bermakna kamu mengkhianati seramai ribuan Monsuners lain y senasib dengan kamu. Malah, kamu menzalimi diri sendiri dan ribuan Monsuners ni.

Kepada sesiapa y pernah beli pakej dari MIRSB (dulu dan gagal tapi dah berjaya dalam cabang internet y lain dan tidak henti2 menjatuhkan monsun biz milik Monsuners ni..). Taulah kamu sekarang sudah bijak pandai, celik IT tapi kalau kamu nak berjaya sekalipun tapi ‘pijak’ Monsuners y lain ni..bukan ke tak ubah seperti ‘orang2’ y kamu marah sangat2 tu. Sama je macam ‘mereka2’ tu. Kamu pijak pada semua y senasib dengan kamu atau lagi kurang bernasib baik dengan kamu. Tertipu atau terpedaya tu bukan alasan untuk kamu ‘balas’ pada orang y tak sepatutnya. Monsun biz adalah milik semua Monsuners walau apa pun kelemahannya, Monsuners akan terus berusaha untuk menukarkan duit y telah dibayar itu menjadi hasil y boleh dibanggakan. Selagi terdaya, selagi masih ada usaha.. Monsuners takkan berputus asa, Monsuners tak nak gagal seperti mereka2 y terdahulu..menyerah tanpa usaha y padu.

Kepada sesiapa y pernah beli pakej dari MIRSB (masih belum dapat pulangan tapi tidak menjatuhkan monsun biz milik Monsuners ni..). Suatu saat apabila Monsuners ini sudah mendapat formula kejayaan, ilmu itu akan Monsuners kongsikan bersama. Biarpun bukan berjaya kerana MIRSB, tapi semuanya berjaya kerana diri sendiri.

Renung2kan..

This entry was posted on 12:52 PTG You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 ulasan:

ReX 64 berkata...

salam...Saya setuju sangat dengan pendapat anda...Ianya ada persamaan dengan pendapat saya iaitu jangan menyalahkan orang lain...apabila kita membuat sesuatu...
Maafkan saya kerana saya tidak ada apa-apa lagi untuk dikongsi bersama..Insyaallah jika timbul idea, saya akan kongsikan bersama...Tq.

CLoUd berkata...

salam..
ramai yang meletakkan kesalahan itu pada orang lain. mungkin supaya tidak kelihatan kesilapan itu datang dari empunya diri atau memperlihatkan tindakan kita selama ini sudah cukup benar, tanpa cacat cela.

jadi, siapa kita manusia ni kalau tiada kelemahan?
kalau tidak mahu mengaku tersilap dalam membuat keputusan tidak mengapa, cukuplah sekadar dalam hati kita berkata.

tersilap bukan bermakna kesalahan itu 100% terletak di bahu kita cuma pada ketika itu terlalu banyak faktor luaran yang mempengaruhi kita untuk membuat keputusan antara sedar dan tidak.