Monsun-biz.com, antara ke'KUAT'an dan ke'TAKUT'an. Bossmailer, Spamming @ Blamming.
Sabtu, 26 Julai 2008 - - 0 Comments
MIRSB menjalankan perniagaan mereka (promosi dan jual semua sistem berkaitan) dengan cara MLM (inilah y seolah2nya kelihatan). Ramai bloggers y tidak berpuas hati adalah kerana harga y terlalu mahal dikenakan oleh pihak MIRSB untuk pembeli memiliki sistem ini ditambah pula dengan kelemahan2 lain.
Monsun-biz.com pula merupakan salah satu cabang perniagaan internet (Online Marketplace).
Ramai di luar sana y menganggap monsun-biz.com adalah satu program merekrut rakyat Malaysia untuk menjual sistem2 y diperkenalkan oleh MIRSB dengan cara MLM.
Ringkasnya monsun-biz.com dianggap program scam y menipu duit rakyat Malaysia. Mereka juga 'melihat' pendapatan y bakal Monsuners peroleh adalah dengan mendapatkan komisen melalui cara merekrut orang lain (mencari pembeli untuk produk2 MIRSB).
Untuk dikatakan pihak MIRSB menipu, itu tidaklah diketahui kebenarannya. Mungkin mereka benar2 menghadapi masalah y tidak mereka jangka atau bagaimana adalah di luar pengetahuan kita. Namun, apa y pasti.. apa y berlaku di MIRSB, tidak ada keterlibatan dengan Monsuners. Bukan tidak ambil peduli, cuma Monsuners adalah dari pihak y berbeza.
Pernah juga bertanya kepada rakan y tidak kurang hebatnya dalam bidang ICT, kenapa agaknya pihak MIRSB tidak menjawab pertikaian2 dalam forum2 atau blog2 sedangkan itu juga penting dalam perniagaan mereka.
Jawapan y mudah, itu kelemahan mereka tapi cuba tgk menteri2 atau orang2 y hebat dalam dunia ni. Ada ke diorg layan atau jawab persoalan2 berkenaan mereka di forum2 atau blog2.
Ha'ah..betul jugak. Setuju dengan kenyataan berkenaan menteri2 atau orang2 y hebat2 itu cuma tidak setuju MIRSB tidak sediakan live online support kerana ini adalah dunia perniagaan y mereka bawa.
Terlalu ramai y menyalahkan monsun-biz.com sedangkan pada dasarnya monsun-biz.com hanyalah sebuah sistem semata-mata.
Monsun-biz.com dijadikan titik serangan atas segala-galanya (atas ketidakpuasan dan kelemahan MIRSB) dan y paling penting sekali ialah Monsuners sangat2 terjejas walaupun masalah tidak timbul dari pihak mereka apabila menyewakan lot2 tersebut.
Monsun-biz.com tidak diperkenalkan dengan berkesan kepada umum oleh MIRSB. Juga dilihat seolah2 hanya memperkenalkan sistem ini kepada pembeli dan sebagai sumber income MIRSB sendiri.
Dan apa y berlaku sekarang ialah Monsuners pula, seolah2nya sedang mengambil tugas menambahbaikkan monsun-biz.com sebagai langkah untuk promosi dan menarik penyewa (secara individu atau juga berkumpulan) di atas "idea kewujudan monsun-biz.com" y diperkenalkan.
Selain menyewakan lot2 milik mereka, antara y paling utama kini adalah "memperkenalkan kembali monsun-biz.com kepada dunia dari sudut Monsuners, pembeli, penjual, pembida atau sesiapa sahaja dalam dunia maya".
MIRSB sudah selesai membuat marketing untuk mendapatkan pelanggan mereka (Monsuners), dan Monsuners kini terpaksa menukar persepsi dunia agar mengunjungi monsun-biz.com sebagai sebuah pusat jual beli atau advertising mahupun sekadar pusat window shopping. Monsuners terpaksa oleh keadaan dan dipaksa oleh kenyataan2 negatif bloggers.
Reintroducing monsun-biz.com juga perlu supaya ianya tidak dilihat sebagai scam program y membutuhkan kos y besar kepada semua orang.
Kalaupun ianya ingin diistilahkan sebagai scam kepada Monsuners sekalipun, tepuk dada tanya kebenaran. Sesungguhnya ianya tidak boleh dibuat sebagai sekadar tuduhan atas pendapat dan pandangan semata-mata.
Akan tetapi sekiranya dilabelkan oleh blogger2 di luar sana sebagai scam kepada semua orang, kepada peniaga dan pembeli dunia maya, kepada mengunjung portal tersebut ianya suatu y tidak adil dan tidak boleh diterima. Monsuners tidak patut berdiam diri lagi. Mungkin sudah masa membuat come back di luar jangkaan.
Walaupun mungkin bukan niat blogger2 menyekat rezeki Monsuners, akan tetapi perbuatan itulah y menabur pasir dalam periuk nasi Monsuners. Periuk nasi y dibeli dengan segala semangat y tersimpan, segala kudrat y terpendam. Wang ringgit kini sudah menjadi kecil nilainya kerana telah dibayar dengan segala kekuatan y ada untuk terus bertahan sehingga hari ini, untuk terus berjuang dengan keyakinan y masih tersisa.
Masalah antara Monsuners dengan MIRSB usah blogger2 perbesar2kan tidak kena cara, itu bukan hal bloggers untuk campur tangan sehingga menjejaskan Monsuners y tidak bersalah dalam hal ini. Kalau memberi cadangan, bantuan itu tidak mengapa. Kalau menjadi pihak ketiga dalam menyelesaikan masalah juga tidak mengapa. Pasti diterima dengan penuh rasa syukur dan berterima kasih. Pokoknya ialah, blogger2 ingin membantu menyampaikan maklumat untuk kebaikan semua pihak akan tetapi... Ok, teruskan membaca.
Apa y jadi sekarang, seolah2 wujud masalah antara bloggers dengan Monsuners selaku pemilik lot monsun-biz.com. Apakah dengan memiliki lot2 monsun-biz.com ini menjadi masalah kepada bloggers? atau mereka sebenarnya takut, gentar akan monsun-biz.com y bakal menenggelamkan biz mereka?
Ini dapat perhatikan dalam kebanyakan hujah2 mereka, monsun-biz.com dikatakan merosakkan biz internet. Bloggers tidak mahu program monsun-biz.com ini terus bermaharajalela kerana tidak mahu dunia perniagaan internet tercemar. Tidak mahu dunia salah anggap terhadap perniagaan internet ini kerana monsun-biz.com. Tidak mahu monsun-biz.com ini mengganggu-gugat pasaran mereka, apa jua perniagaan dalam dunia online. Tapi siapa sebenarnya yang mencemarkan dunia internet dengan fakta2 tidak benar, pandangan y berupa hasutan atau sekadar pandangan y dicoret hanya untuk kepentingan peribadi?
Kepentingan peribadi? Apa pulak mengarut ni..
Hmm.. ia tersirat di bawah ini.
Konsep monsun-biz tidak ubah seperti ebay.com, lelong.com.my. Malah, monsun-biz.com menawarkan banyak kelebihan2 berbanding pesaing y lain. Jadi, di mana y monsun-biz.com rosakkan, apa y monsun-biz.com musnahkan? Nak salahkan konsep monsun-biz.com, sama seperti menyalahkan ebay.com dan lelong.com.my.
Monsun-biz.com tidak bagus, banyak kelemahan, tidak secure dsb. Security kan hanya melambatkan sahaja, (asas security..) nothing is 100% secure. Itu pasti dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Akan tetapi tidak sekalipun monsun-biz.com menghantar virus kepada mana2 pihak.
Siapa kata tidak, dah berapa banyak kali terkena serangan virus bila melayari monsun-biz.com ni..
Dunia internet, siapa y tidak tahu. Berjuta virus baru akan lahir setiap hari.
Malah tak kurang juga individu atau kumpulan y dengan sengaja menghantar malicious program tu. Dan y paling pelik, ramai y arif dan celik ICT ni sgt2 terkejut dengan kehadiran malicious program ni. Hmm.. rileks laa. Benda biasa tu, x perlu over terkejut. Dalam key generator pun kadang2 ada kan..
Namun tidak sekalipun Monsuners mengutuk, mengata, memaki atau mencerca mereka. Hatta memburuk2kan mereka pun tidak. Jadi kenapa seolah2 terlihat ke"takut"an y menggila dalam ke"kuat"an hujah y cuba bloggers bawakan? Isu y mereka sentiasa mereka propagandakan?
Kenapa tidak dikatakan konsep pemasaran MIRSB itu y merosakkan mereka? atau sebenarnya jika dilihat dari sudut pemasaran, MIRSB sebuah syarikat y berjaya menjual produk mereka? Dari sudut ini, tiada apa y nak pertikaikan sebab Donald Trump kata, "Walau sehebat manapun produk anda, jika anda tidak berjaya menjual maka anda adalah seorang y gagal." Maka dari sudut ini, MIRSB telah berjaya. Pertikaikanlah konsep MIRSB itu tidak tepat, silap atau apa sahaja. Itu Monsuners pasti tidak marah, pasti sahaja didengar2kan, difikir2kan.
Jika benar bloggers ada strong point untuk menyerang MIRSB kenapa tidak tuju pada MIRSB sahaja. Kenapa perlu melakukan serangan kepada Monsuners? Apakah blogger2 itu sudah melihat ke"hebat"an Monsuners sedangkan golongan inilah y bloggers kategorikan sebagai "tidak pandai" (bahasa lembut untuk "b*d*h") dan buta IT? Menyerang golongan y lebih lemah dari mereka, ah..sungguh tidak "gentleman".
Apakah mereka itu sudah terlalu cerdik, terlalu celik IT sehingga "buta" dalam membezakan entiti2 y berlainan. MIRSB, Monsuners dan monsun-biz.com..kan berbeza tu. (entiti : asas dalam database? Nak kena bukak kelas skali lagi kot, blaja semula)
Ya, mereka seolah2 berfakta secara spesifik tetapi menyalahkan secara general. Kenapa tidak salahkan secara spesifik juga? Akan tetapi kebanyakan juga, rupanya fakta y kurang tepat, tidak tepat langsung atau sekadar pandangan. Kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tidak salah kalau berat sama dipikul tapi jangan sampai lebih sudu dari kuah sudahlah..
Tidak memiliki sistem2 berkenaan, bagaimana tahu 100% fungsinya? Oh iya, mereka2 ni pakar dalam bidang ICT masakan tidak tahu semua y di hujung jari. Berbicara tentang fakta akan tetapi mereka menolak potensi monsun-biz.com dalam asas kira2.
Yelah, 20K lot adalah jumlah y sgt banyak utk seorang landlord contohnya. Kebanyakan juga menolak mustahil dapat RM1 juta dalam masa sebulan. Bukankah telah disebutkan tadi, 20K X RM50 = RM1 juta. Jadi, apa y mustahil? Kira2 asas sahaja tu.. dan itulah potensi y wujud.
Harus diingat, potensi pendapatan itu tidak salah. RM1 juta/bulan apabila menyewakan sebanyak 20K lot juga tidak salah. Hmm.. sy juga sering tersilap dalam asas kira2 kerana terlalu memikirkan kuasa, punca kuasa dan sebagainya. Mungkin juga ramai y "genius" sehingga memikirkan perkara2 y complicated dan terlupa pada asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Almaklumlah, 1+1 = 2 dan 1+1 = 01 .. bukan begitu?
Cuma, untuk mendapatkan income itu dalam bulan keberapa.. bila dan bagaimana itu boleh dijadikan persoalan. Ingat kembali, RM1 juta/bulan untuk Landlord Monsun adalah tidak mustahil dan terbukti dalam asas kira2.
Dengan sungguh2 mereka meminta mana2 Landlord Monsun y sudah menjadi jutawan untuk tampil kehadapan. Mereka pakar dalam bidang ICT, perniagaan internet. Apakah mungkin suatu2 projek/program baru dapat income y sungguh hebat dalam bulan pertama, kedua dan ketiga?
Kalau jawapannya adalah mungkin. Ya.. monsun-biz.com juga mungkin mampu menjana income y hebat.
Kalau jawapannya tidak mungkin. Nah.. mereka sendiri sudah tahu selok belok internet biz tapi kenapa masih meminta kucing y bertanduk.
Kalau nak persoalkan bila pula.. bukankah tahu rezeki itu di tangan YANG MAHA ESA.
Usaha se'ciput' mana pun, kalau rezeki besar.. dapatlah makan besar. Usaha sekeras batu, kalau rezeki kecil maka bersyukurlah dan teruskan usaha sehingga lebih berjaya. Memanglah benar rezeki adalah takdir y boleh berubah akan tetapi bukankah DIA itu lebih berkuasa menentukan segalanya. Kita hanya merancang, TUHAN menentukan.. atau takdir merancang dan kita tentukan?
Jadi persoalan bagaimana siapa y nak jawab. Boleh Landlord Monsun bagitau?
Nak cerita tentang ini, takkan habis seminggu dua. Yelah, perniagaan ini sedang diusahakan untuk masa depan dan seumur hidup. Usaha dan persoalan bagaimana untuk berjaya dalam biz itu juga akan berterusan sehingga ke akhir hayat.
Mana mungkin nak menerangkan semua ini hanya dengan sepintas lalu sahaja. Atau selama ini ianya didefinasikan oleh bloggers hanya sekilas pandang, permainan isu sekadar untuk mendapat perhatian dan traffic cuma.. ahh, kata segala maklumat di hujung jari. Jadi mana research y digembar-gemburkan itu? Semakin hari, fakta semakin jauh menyongsang.
Simple words.. Monsuners telah menjadi rakan kongsi bersama dalam memiliki monsun-biz.com. Kalau anda ingin berniaga, perlukah membuka rahsia dan strategi2 kepada umum? Urmm.. kata sudah tahu dari hujung sampai ke pangkal.. kenapa tanya? Bukan ke masing2 pandai cari maklumat sehingga ke hujung dunia. Yelah, apa tidaknya.. dunia IT mana ada sempadan. Tapi.. y baik itu jadikan tauladan, y buruk itu jadikan sempadan. Tak begitu?
Untuk menjadi rakan kongsi, rakan niaga sebagai Monsuners telah ditutup kepada umum. Jadi, anda tidak perlu tahu bagaimana caranya Monsuners semua menjana pendapatan.
Halah, tipulah tu.. nak rahsia2 konon. Cakap berbelit2, lidah bercabang.
Ok2, biarlah ianya tidak menjadi rahsia lg. Konsepnya mudah sahaja, cuma menyewakan 1 lot panel dengan harga RM50/bulan, lot panel beserta kemudahan callcenter, payment gateway dan email marketing tool sebagai pilihan. Strategi perniagaan.. susun dengan elok dahulu. Bukan boleh langgar semacam sahaja.
Hmm..y dah beli tapi tak berjaya dahpun bagi statement. Dah bagi guna pun diorg punye sistem y dibeli dari MIRSB. Useless..
Ermm..
Pertama, belajarlah dari kesilapan. Kita hanya akan dapat extra dari kesilapan..
Kedua, ikut cara orang y berjaya. Apply cara mereka, ikut orang y gagal apa cerita?
Ketiga, mind setting da negatif. Nak cari kelemahan semata2, mana nak jumpa kelebihan. Kalo da set negatif, bg amek alih ebay pun boleh hancur.
Keempat, walaupun kamu guna sistem y diberikan oleh pembeli2 akan tetapi kamu tiada visi untuk berjaya dengannya. Sekadar tengok2, klik dan taip pada mana2 aplikasi sudahlah. Bukan ke kamu banyak blog dan biz internet y perlu dijaga.. buat apa nak jaga kebajikan pembeli2 ni semua. Y penting dapatkan cerita panas untuk diselit dalam blog sudahlah..
Kelima, hmm..cukuplah dulu..akan datang kita cerita lagi tentang ini.
Atau mereka2 y sentiasa memberi kenyataan negatif sebenarnya sengaja mengambil kesempatan atas traffic monsun-biz.com? Yelah, mereka tidak perlu membuat iklan2 besar dalam paper, cuma menumpang popularity monsun-biz.com y datang dari dunia offline dan menarik semua orang y mencari maklumat monsun-biz.com supaya datang ke portal dan blog2 mereka. Dengan cara itu, mereka mendapat traffic dan kemudian dapatlah jual produk mahupun service mereka di internet. Wah !! Bukan main beruntung ye..traffic dari dunia offline datang umpama durian runtuh.
Bukankah itu mengambil kesempatan namanya. oh..itu bukan curi traffic monsun-biz.com la, bukan mengambil kesempatan la tapi strategi tu..
Hmm, strategi ? Strategi dengan menjatuhkan Monsuners ni? Ya, mungkin mereka berhujah tidak ada pun kenyataan y menjatuhkan Monsuners. Mereka nak membantu orang ramai supaya tidak tertipu.. Abes tu, kononnya masing2 kata Monsuners kena tipu..taknak tolong?
Orang ramai y nak dibantu supaya tidak tertipu tu siapa?
Golongan y belum membeli pakej untuk memiliki lot2 monsun-biz.com. Supaya mereka tidak tertipu..
Tertipu dari siapa?
y mereka kononnya nak sampaikan ialah si penipu merupakan MIRSB..
Monsuners dengan MIRSB tu sama ke?
Adeh, Monsuners kan pembeli pakej monsun-biz.com. Monsuners ni dah tertipu.
MIRSB tu penjual pakej tu.
Jadi ringkasnya, orang ramai y belum beli pakej ni bakal tertipu.
Monsuners sudahpun tertipu.
MIRSB adalah penipu. Macam tu?
Jadi apa pula kaitan tipu/scam ni dengan monsun-biz.com?
Kononnya monsun-biz.com ni scam. Modus operandi, rekrut orang supaya beli lot/miliki hartanah maya ni dengan harga sgt mahal dan tiada pulangan atau pulangan sgt sedikit. Malah, kerugian beribu2, berbelas dan ada y berpuluh ribu.
Apa sebenarnya monsun-biz.com ni sampai nak kata scam?
Monsun-biz.com = portal di internet dgn sistem y punya konsep perniagaan internet sama macam ebay.com dan lelong.com.my, alibaba.com dll.
Owh..so, ebay.com, lelong.com.my, alibaba.com tu scam jugak ke..?
Hish! tak faham2 lagi ke... y lain2 x scam. Monsun-biz.com je ni y scam walaupun konsepnya sama.
Cane lak bley sama tp x serupa?
Sebab perlu bayar kos y mahal smp RM50k nak miliki lot2 tu. Paling murah RM1k. Kalau develope sendiri mane ade mahal camtu. Nak berniaga kat ebay.com atau lelong.com.my pun xdela mahal camtu.
Owh, tapi itu harga untuk memilikinya. Seolah2 seperti menjadi rakan kongsi niaga sebagai pemilik monsun-biz.com.
Kalau kita nak berniaga, menjual, membuat lelongan dalam tu RM50/sebulan je.
Ada kemudahan promosi via callcenter kalau nak. Kelebihan la kalo penjual nak buat promosi tambahan via mobile phone.
Nak promosi via emel pun boleh. Dapat wat email marketing.
Pastu ade payment gateway gak.
Kalau kamu semua taknak miliki monsun-biz.com dengan membayar RM1K - RM50K tu pun, Monsuners x kisah. Jualan pakej tu biz MIRSB, bukan Monsuners punya.. tapi kalau nak sewa lot2 di monsun-biz.com, itu Monsuners alu-alukan dan dengan sedaya upaya Monsuners akan cuba beri khidmat y terbaik utk semua.
Kalo berniaga via ebay.com, lelong.com.my, alibaba.com dll xde skali dengan suma ni.
Ebay.com, lelong.com.my dll macam biasa, payment gateway (berasingan) apply sendiri, pastu withdraw la sendiri. Kalo ade masalah nak withdraw duit ke akaun dalam Malaysia, settle sendiri. Payment gateway y Monsuners ade, bley directly masuk ke akaun bank kita.
Kenapa tak guna Paypal je? Paling top dan bley apply free je. Cuma ada masalah nak transfer duit dari paypal ke bank Malaysia. Paling tidak kena buat akaun kat Singapore untuk withdraw.
Siapa kata xde, Paypal pun termasuk sekali dalam payment gateway tu kalo nak guna sebab cara pembayaran via payment gateway Monsuners ni ada 14 cara. Payment gateway lain2 biasanya sekitar 5 cara je. Pastu cara nak withdraw dari Paypal skang mmg da ade alternatif cuma melalui payment gateway diorg, duit kita terus masuk akaun di Malaysia. Takyah susah2 lagi, xyah buat akaun kat luar tu.
So, kalau orang nak berniaga atau nak buat lelongan di monsun-biz.com. Sewa panel, kena caj RM50/bulan. Bley upload gambar dari PC sendiri smp 10 gambar (1MB) dan kalo guna image hosting lain plak bley letak UNLIMITED gambar, bley letak .gif atau flash lagi.. Tukar gambar sesuka hati, xde kena caj tambahan pun. Letaklah UNLIMITED gambar,flash dll via image hosting lain kalo nak, xde caj tambahan. Nak tambah gambar dalam ebay.com kena extra caj kan..featured gambar dalam lelong.com.my pun lain kira kan..
Pastu sewa satu panel sebulan, kalo rase nak tukar barangan lain dari h/phone kepada kereta contohnya, bley tukar anytime dan sesuka hati. Panel tu buat macam lot kedai perniagaan sendiri, buatlah ape sahaja nak modify ke..upgrade ke.. itu scam ke?
Scam kepada peniaga, pembeli atau pembida?
Stakat nak window2 shopping tu, xdelah kena bayar ape2. Takde kena register pun. Nak beli/bida barang cuma perlu register free je. Nak menjual atau melelong barulah kena kena sewa panel.
So, kalo camtu kenapa tak develope sendiri je sistem cam monsun-biz.com sebelum ni?
??? Ntah ea.. xnampak pun konsep biz ni y bley bawa keuntungan besar macam ebay.com tambah lagi bukan reti pun nak develope benda2 cani. Upah orang, kalo ada idea dan exposure cani mungkinlah upah orang untuk buat kot. Tapi mmg tak nampak pun konsep perniagaan macam ni. Lagi2 dengan konsep “Virtual Properties” tu.
Virtual Properties tu apa?
“Hartanah Maya” tapi dalam wikipedia pun belum ade istilah ni.
So, kalo xde maknanya benda barulah ni?
Konsep perniagaan dalam internet sama cam ebay.com, lelong.com.my tapi ada kelebihan2 lain la.
y baru tu cara untuk memilikinya/join venture biz ni. Konsep nak memilikinya tu y dikaitkan dengan Virtual Properties sama ada nak memiliki lot monsun-biz.com sebagai rakan kongsi atau untuk memiliki secara sewa.
So, Virtual Properties adalah pertama seumpamanya dalam dunialah ni..kire macam idea pertama sebegini y direalisasikan dalam dunialah ni..
Hmm..kalau dapat baju (suit) berfungsi macam ironman sebenar walaupun dihasilkan dari besi buruk, dihasilkan secara komersial dan dijual.. harga RM1 juta tiap satu pun orang nak beli walaupun kos besi buruk dan kos nak buat tu cuma RM1 ribu ringgit.
Apa kaitan Virtual Properties dengan ironman dari besi buruk pulak?
Yelah, rasenya idea tu sebenarnya y mahal. Benda pertama y terhasil manelah ada orang jual murah. Mase mula2 h/phone wujud. Sape je y ada..mahal lak tu. Skang ni, y canggih2 dan lagi bagus pun mampu dimiliki.
Orang lain cipta benda baru jugak tapi xdelah mahal camtu.
Kenapa? X pernah biz ke? Benda pertama dalam dunia tu. Dikomersialkan lak tu..
Idea untuk Virtual Properties sebelum ni ada ke? Pastu combination callcenter, emel marketing dengan payment gateway utk tiap seorang. Bukan untuk jadi peniaga tapi rakan kongsi niaga. Kalau setakat nak berniaga dalam monsun-biz.com, bayarlah RM50/bulan.
Callcenter kan boleh dapat dengan harga lagi murah..kat luar tu ramai y lagi bagus. I-gomobile, seems not realible, not flexible. Rugi ribu2 buat iklan je, balik modal seposen dua je ape cerita?
Emel marketing..eheh, Bossmailer kan spam. Nak jadi Spammer King ke?
Payment gateway, nak free pun ade. Y lain2 setup pun cuma berape je harganya..
Hmm..
Sebelum ni callcenter dikomersialkan untuk orang ramai ke?
Kenapa x diwar-warkan potensi callcenter sebelum ni sehingga bila ada y da jual secara komersial, baru nak bising2?
Harga dan jualan berkaitan dengan sales and marketing ler..
Y guna callcenter tu pulak, 33886 kan tgh melambak2 kat market. Da nampak byk iklan tu, kenapa serbu nak buat kuiz dsb mase market tgh tepu dengan semua ni. Fikir sikit dan bersabar boleh kan.. kreatif pun ye juga tapi kajilah market sikit sebelum launch program2 tu..benda cani tak payah kaji secara terperinci pun xpe. Ikut logik pun boleh nampak.
Abes tu, pembeli2 tu kena tipu. Cakap pasal callcenter melangit tapi hasilnya lain. Hidden cost tak inform. Masalah2 dengan telco lagi..
Potensi mmg la based on math juga. Then, ditambah pula dengan bukti2 y da berjaya.
Ape tipunye ni..pernah baca tak teknik iklan y berkesan? Teknik iklan y berkesan ada nyatakan kena cerita kelemahan atau kelebihan?
So, nak kata MIRSB tak telus acceptable la. Nak kata tipu tu.. entahlah, terpulanglah. Tapi potensi callcenter mmg benar. Nak bukti kejayaan? Ramai y guna callcenter sebelum ni dan berjaya. Banyak jugak company y mendapat pulangan lumayan.
Halah, company dan org y banyak duit lantak la.. Ni, y xde duit banyak mane ni nak iklan guna ape? Air liur boleh?
Kat situlah kene kreatif.. fikir sikit. Kan banyak cara nak buat dengan kos y rendah pada awalnya. Bila da ok, barulah tambah modal. Kalau beli 1 rim A4 paper, then divide 4 iklan untuk 1 A4. Fotostate je.. baru berapa, dapat banyak tu..
Setakat iklan kecik macam tu, fotostate.. pastu edar2kan.. berapa sgt dapatnye. Nak bayar duit hadiah pun tak lepas tau tak? Jangankan BMW, moto cabuk pun xdapat. Last2, kena kejar orang sebab hadiah xmampu bagi.
Iklan secara kecil2an, hadiah pun kecil2an lah. Taknak bagi hadiah, aplikasi y lain kan boleh guna tanpa perlu bagi hadiah. Hai, bagaimana nak jana idea pun kena bukak kelas ke? Kreativity kan masing2..
Kalau tuduhan2 tu benar, benarlah. Kalau tuduhan itu tidak benar, jadilah ia fitnah. TUHAN je y tahu terang dan tersembunyi. Kita makhluk ni tau y terang je..itu pun kalo perasan. Gajah depan mata pun bley tak nampak..
So..
Nak kata pembeli callcenter, monsun-biz.com tertipu dengan maklumat y tidak telus la ni..
Nak kata kalau pembeli2 ni tahu semua ni, confirm tak beli la ni..
Nak kata memperdaya pembeli2 dari golongan y buta IT la ni..
Dah tau camtu, apsal kata pembeli2 ni “b*d*h” (kurang pandai) pulak. Apsal kutuk2 macam2, hina2 pembeli2 ni pulak?
Pembeli ni ramai tak mahir, ramai tak tahu kan? Yelah, pembeli ni mata duitan, nampak byk kosong (1 000 000) mulalah berpinar mata.
Tapi kamu tahu ke dalam hati pembeli tu, cuba nak ubah nasib diri, keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan taulan.. niat y baik.. hmm.. jelas bahawa manusia ni makhluk y tidak tahu apa y tersembunyi..
Sekadar nak ingatkan diri sendiri dan semua rakan2, y baik itu datang dari DIA, y buruk itu adalah kelemahan kita sendiri.
Dah tu, nak salahkan pembeli pulak sebab tak bertanya dahulu dengan orang y pandai? Come on la, pembeli tidak tahu. Tiada sumber maklumat.. bukan celik IT macam kebanyakan orang.
Dah tau nak labur duit banyak2 apsal xnak survey dulu. Tanye dengan orang2 y lebih pandai?
Hmm.. buta IT, manelah tau nak cari maklumat via online. Aik? Salahkan pembeli pulak? Tuding jari kat semua pihak nampak.. Kamu tu ade bagi maklumat dengan cara baik? Buat perbandingan beserta cadangan dan pilihan? Melambak kutuk adelah..
Konon kesian kat pak cik mak cik y ‘tertipu’ tp ade bagi pertolongan?
Kenapa tidak buka topik
“Teknik menjana income dengan berkesan via callcenter”.
Atau sekadar,
“Jom support mak cik pak cik y bayar mahal2 untuk pakej monsun dengan mengunjungi monsun-biz.com. Membeli-belah barangan y kita inginkan sebagai salah satu alternatif online market selain ebay.com, lelong.com.my. Sapa2 y nak menjual, boleh try. Nak beli belah pun boleh. Nak window shopping, free of charge”. Ade ke?
Abes, monsun-biz.com punye site hampeh. Itu tak lengkap, ini tak lengkap. Tak secure ..
Kelemahan itu kan sentiasa boleh diperbaiki. Y da bagus pun akan sentiasa upgrade. Salahkan monsun-biz.com pulak.. nak support mak cik, pak cik dan tipah tertipu ke tidak ni? Banyak pulak alasan. Semua nak disalahkan.. konon2 xnak rakyat Malaysia jadi raja spamming tapi budaya blamming, tuduh sana sini, tuding jari sana sini digalakkan lah ye.. Owh, budaya y bagus ye untuk dididik dan dipraktikkan dalam masyarakat ye..
Kononnye nak selamatkan rakyat Malaysia dari tertipu.. nak tolong pak cik mak cik.. abes y dok kutuk2 tu bukan menjatuhkan pak cik mak cik ke? Secara langsung atau tidak tetap menjejaskan periuk nasi orang2 y dikatakan buta IT ni y kononnya nak diselamatkan ni..
Kami nak pertahankan cara internet biz y sebenar !! Monsun-biz.com ni merosakkan biz internet je !!
Mempertahankan internet biz diri sendiri punye ke? Semuanya nampak ke arah itu. Marketing MIRSB, itu y kelihatan pelbagai. Advertise sane sini, buat cara multilevel.
Bawa konsep baru dalam mempromosikan produk (Virtual Properties). Itu cara diorg buat sale. Nak kata multilevel tak betul pulak ke? Kalau macam ni.. nak kena kupas satu2 ni. Ingatkan benda2 basic cani takyah explain sebab dah bijak sgt. Nak kena explain jugak ke? Aduh..letihlah cani.. nanti dikatakan tunjuk pandai pulak..
Tapi monsun-biz.com ni konsep asasnye sama je cam ebay.com, lelong.com.my. Kenapa tak pertahankan diri dari ebay.com dan lelong.com.my pulak? Monsun-biz.com tu sistem je.. monsun-biz.com ni menyerang dari sudut ape ye?
Malah dengan monsun-biz.com jugalah traffic bloggers ni meningkat..
Hmm..khabarnya nak tolong mak cik pak cik, tipah tapi rupanya nak manipulate hal2 cani untuk naikkan ranking sendiri, menaikkan biz sendiri..
Tapi, kami ni anti-spam. Mane boleh terima Bossmailer y mengajar rakyat Malaysia jadi bukan setakat spammer je tapi spammers. Ramai tu..(ada (s) kat belakang), boleh jadi Spammer King(s) !!
Hmm.. Kita ni kan ada akal, fikir sikit je lagi. Usah ikut perasaan sehingga akal menjadi singkat. 2 daripada 3 fungsi Bossmailer ialah boleh cari emel dan boleh hantar emel. Automatic emel y dihantar ade subscribe dgn unsubscibe button.
So, bukankah boleh digunakan untuk subscribe newsletter. Tak payahlah “sedut” emel dari mana2 pun.. Cuma guna sahaja Bossmailer’s email blaster tu utk hantar newsletter pada pengunjung y nak subscribe. Sesiapa sahaja y bagi emel diorg untuk terima promosi, news dan sebagainya. Tak spam pun. Kalau subscribe newsletter pun spam, xtau la nak cakap cane.. kalau taknak guna, sudah..abaikan sahaja.. gunalah emel y percuma sahaja.
Payment gateway.. ok, nak pertikaikan payment gateway ni boleh setup dgn harga lebih kurang RM500 (one time setup) + RM68/bulan. Kenapa perlu letak harga smp RM10k, menipu namanya tu. Iklan je lebih..
Hmm..utk pengetahuan semua, payment gateway y dimiliki ni, Monsuners tidak perlu bayar yuran bulanan.
Guna sahaja asas math, bukankah nilai RM10k cukup untuk tempoh 12-13 tahun mendatang? RM10K/RM68 = +-12tahun. Kalau guna seumur hidup?
Nak guna Paypal sahaja, gunalah.. tapi Paypal terima pembayaran 1 cara, payment gateway ni 14 cara pembayaran. Nak cakapkan semua perkara ke.. semua kan dah bijak.. da mampu feed ramai org dgn info y banyak kan.. (betul salah belakang cerita y penting traffic sendiri..)
Usahlah fikir singkat sgt..kalau fikir simple pun kita boleh tahu y monsun-biz.com, callcenter, payment gateway dgn bossmailer ni adalah entiti y berbeza. Boleh digunakan secara bersama atau berasingan.
“Mak cik, pak cik.. nanti kita masak lain ye. Nasik dalam periuk tu penuh berpasir..”
“Ada orang nak panjat bumbung supaya lagi tinggi, nak capai awan supaya lagi selesa ditiup bayu. Nak payungkan mak cik dan pak cik dari atas tapi tak sedar pasir dari selipar masuk dalam periuk ni..”
“Taulah bumbung kita ni bocor..periuk tak bertutup..”
“Yelah nak..mak cik pak cik ingat beli periuk besar y mahal ni boleh masak banyak sikit. Boleh bagi anak cucu makan smp bila2. Boleh bagi jiran tetangga sikit, sedekah sane.. sedekah sini.. kalo ade rezki nak juga jual nasi ni. Kumpul duit sikit2 naik haji, dapat umrah pun jadilah..”
“Taulah kita ni tak pandai panjat bumbung, tak larat.. Kalau tidak dah lama pak cik mak cik panjat bumbung tu, tampal bocor mane y boleh. Sabar jelah.. dugaan..”
So, y cerdik pandai ni tolong ape? Tolong kutuk.. ? Tolong jatuhkan ? Tolong diri sendiri kan..
MIRSB dengan monsun-biz.com tu sama ke?
MIRSB adalah sebuah syarikat y memperkenalkan monsun-biz.com dan memperkenalkan konsep Virtual Properties serta sistem2 y lain.
Monsun-biz.com adalah sebuah online marketplace y tiada kuasa memudaratkan kita.
So, kenapa salahkan monsun-biz.com?
Tapi bloggers kan tidak buta untuk melihat perbuatan bloggers secara tidak langsung itu menjatuhkan Monsuners y buta IT ni. Traffic y patut dapat kat Monsuners, ditarik secara "paksa rela" dengan kenyataan2 y "menarik" itu tak kiralah benar atau tidak. Fakta atau sekadar pendapat.
Lagi sekali, tidak gentleman. Buli orang lemah.. buli balik nti, baru tau..
Bukan ke itu salah satu cara nak tarik traffic ke web kita, pandai2 lah nak hidup..
Mmg pun itu salah satu cara tapi ada cara lain kan. Hai, kan masing2 hebat SEO..
Hmm..entahlah.. nak bagi maklumat kat orang ramai kan.. nak tolong mak cik pak cik y buta IT ni kan..so, kita sama2 nilai kembali apakah kenyataan itu membawa lebih banyak keburukan atau kebaikan kepada orang y perlu dibantu ni.
Sekiranya monsun-biz.com tidak berjaya kerana MIRSB, itu antara mereka dengan Monsuners.
Sekiranya monsun-biz.com tidak berjaya kerana kenyataan-kenyataan bloggers, itu antara bloggers dengan Monsuners.
MIRSB boleh mencari, berjumpa tiap seorang dari Monsuners untuk menebus kesilapan atau apa sahaja y perlu sekiranya mereka bersalah.
Akan tetapi kita sebagai bloggers tidak mungkin mampu untuk meminta maaf sekalipun dari tiap2 Monsuners di seluruh Malaysia.
Minta maaf secara online, ada pak cik mak cik y mungkin putus asa kerana kenyataan2 y tidak elok itu dan terus jauh dari dunia online. Fikir2kan..canang2kan..
Usah terus-terusan menabur pasir, kalau tibe2 suatu saat nanti seramai ribuan Monsuners ni rasa teraniaya dengan kenyataan2 y secara langsung atau tidak, menutup periuk nasi mereka..lepaslah di dunia. Adakah kita mampu menebusnya di akhirat kelak..
Ingat !! Kenyataan negatif itu menutup periuk nasi ribuan Monsuners. Sekali kita sekat rezeki orang lain, 10 kali TUHAN balas. Bukan mendoakan y buruk cuma sekadar peringatan untuk diri sendiri dan semua.
Usahlah memikirkan dari sudut kebijaksanaan anda sahaja. Cubalah "pakai kasut" Monsuners ni..fikir dari segala sudut. Bukan mintak pakai betul2 pun, cuma minta tolong berfikir sikit je. Yelah, Monsuners ni buta IT, manelah ada blogger y "bijak di sana" tu nak pakai kasut Monsuners y cuma "bijak di sini" ni.
Wahai bloggers, sudah tiba masanya menunaikan janji, membantu pak cik mak cik ni..membantu tipah.. membantu si buta IT dan golongan y tidak pandai ini. Sesungguhnya ramai di kalangan mereka adalah golongan serba lemah dan tidak tahu.
Biarpun kerana nila setitik rosak susu sebelanga namun kita bukan nila dan kita bukan susu. Kita insan dengan anugerah akal untuk membezakan nafi dan isbat. Kita kan manusia, kenapa nak ikut resmi susu dan nila pulak?
Semoga, setiap dari kita berjaya dalam apa y kita usahakan di dunia mahupun di akhirat nanti. Amin..
This entry was posted on 3:00 PTG
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
0 ulasan:
Catat Ulasan