Blog

Hot Deals !!

Small text message

Kenapa Linux tidak lagi Windows?

Sabtu, 29 November 2008 - - 1 Comments

Ramai juga di kalangan rakan-rakan yang bertanya kenapa saya tidak lagi menggunakan Windows dan beralih kepada Linux sedangkan kadangkala seolah-olah timbul beberapa isu dalam menggunakannya.Hmm...kebiasaannya saya menjawab :

“Syok guna Linux.. best !! Amazing !!”
“Bosan dengan Windows kot..”
“Taknak bagi duit kat orang yang dah kaya raya (Bill Gates) dan nak control market dunia sedangkan ada alternatif.”

Kalau nak kupas sebab in details pening juga nak ceritakan. Ok, secara ringkasnya begini..

Laptop yang saya gunakan sekarang memang direka khas untuk digunakan bersama Windows Vista. Ada perisian serta kekunci yang hanya boleh berfungsi dengan Vista. Tapi saya rasakan walaupun vendor laptop dan Microsoft berkerjasama dalam mewujudkan compatibility gabungan keduanya namun :
1 ) Laptop mengalami masalah serius bila menggunakan Vista.

  • sebulan lepas beli dan guna, terus sering mengalami gangguan blue screen.

  • dalam bulan pertama sahaja sudah 2 kali reformat.

  • selepas 2 bulan, wujud masalah overheating.

  • bulan ke-4, sistem corrupted sampai saya tak dapat nak format lagi. Terpaksa hantar ke vendor service center untuk format semula. (Windows yang bermasalah, kenapa saya yang kena keluar duit? Kenapa tidak Microsoft yang keluarkan duit tanggung masalah yang ditimbulkan oleh sistem mereka sendiri? Oklah, sebab masalah kali ni saya tak boleh nak format sendiri.)

  • technical assistant vendor kata Vista memang bermasalah so, downgrade ke XP. (jadi special button & special software yang hanya boleh running on Vista memang tak boleh guna la. What the purpose I have an invention yang tak berfungsi? Memang tak puas hati tapi .. accept jelah masa tu.)


2 ) Vista terlalu 'berat' dan lower performance compared with XP.
  • seawal menggunakan Vista, saya ingatkan ram 1GB DDR2 ini yang tidak mampu menampung keperluan Vista.

  • copy-paste fail bersaiz 300MB ke dalam harddisk kadangkala mengambil masa 9-10minit.

  • Install dan guna software, very slow performance. Untuk running Vista sendiri 2GB ram is the best, 1 GB macam tak berapa nak ikhlas jelah sistem tu nak berfungsi.


3 ) compatibility Vista dengan software yang perlu digunakan.
  • software banyak yang tak compatible (nak kena tunggu pengeluar software keluarkan perisian mereka yang compatible with Vista)

  • software yang sebelum ni boleh digunakan dalam XP tak boleh guna lagi dah (kebanyakannya).


Jadi saya beli software original yang mahal-mahal tu tak berguna lagi lah, membazir..

Ok, selepas downgrade XP. Oleh kerana format kat center, tak dapat cd original. Cuma bayar harga service dan lesen XP sahaja.
1 ) masalah blue screen yang semakin serius.

  • terjadi setiap 15-30minit selepas on laptop. (so, tak boleh nak buat kerja la macam ni..)

  • semua driver dah guna latest version tapi tak solve problem.

  • menyebabkan laptop always off secara tiba-tiba atau terpaksa tekan button untuk off laptop secara paksa kerana sistem hang dan tidak berfungsi. (kerja tak sempat save. Bimbang juga hardware akan rosak kerana tak off properly)


2 ) overheating yang semakin serius.

  • guna laptop fan (2 kipas di bahagian bawah, 1 kipas pada bahagian belakang- keluar udara). Tak berkesan.

  • letakkan satu kipas duduk di tepi laptop.


3 ) masalah keselamatan yang serius.

  • sistem komputer sering diceroboh.

  • antivirus dan semua software yang saya gunakan untuk tujuan keselamatan berfungsi dengan baik tetapi tidak dapat mengatasi masalah. (antivirus, adware dan sebagainya – berbayar dan berlesen. Saya tidak bergantung kepada hanya satu pengeluar, mencuba banyak jenis dan pengeluar tetapi masalah tidak selesai)

  • masalah serius menyebabkan penyelesaian yang tinggal hanyalah format sistem. Namun, setiap kali sejurus selepas format dan update perisian antivirus dan sebagainya, apabila online sahaja terus mendapat masalah (diceroboh, diserang virus dan sebagainya)

  • setelah 2-3 minggu terpaksa format 3-5 kali setiap hari, akhirnya saya give up dan bertukar kepada alternatif yang selama ini ternyata lebih hebat cuma tidak begitu meluas penggunaanya berbanding Windows (Linux).


Setelah beralih kepada Linux, masalah selesai cuma timbul sedikit isu berkenaan software (tidak semua software boleh digunakan dengan baik dalam Linux kerana kebanyakannya dibangunkan untuk platform Windows-kalau menggunakan Vista juga mengalami masalah yang sama.)

Masalah ini di atasi:

  • dengan memasang perisian dalam Linux yang mampu membuatkan perisian tersebut (platform Windows) boleh digunakan dalam Linux.

  • atau menggunakan perisian alternatif yang setanding dengan perisian tersebut. Contoh:

    Platform Windows = Adobe Photoshop

Platform Linux = Gimp

Antara kelebihan Linux:
  • virus dan program seumpamanya tidak dapat menembusi sistem Linux atau virus tersebut tidak memberi apa-apa kesan kepada sistem.

  • sistem lebih laju dan penggunaan ram yang minima walaupun menggunakan perisian yang banyak pada waktu yang sama.

  • Dapat menggunakan efek khas desktop 3D dan walaupun keupayaan hardware yang minima. (dapat menggunakan efek 3D tanpa perlu install driver untuk kad grafik). Saya telah memasang Linux juga pada laptop lain dengan keupayaan hardware yang rendah tetapi masih dapat menggunakan efek 3D. (laptop ni confirm tak boleh guna Vista-sdram 256MB sodimm)

Yang paling penting ialah :
Linux – tidak memerlukan anda mengeluarkan duit untuk lesen seperti Windows (mungkin hanya perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan cd/dvd. Itupun sekitar RM10-RM30. Mungkin kurang atau percuma)

    • boleh digunakan secara percuma seumur hidup walaupun di install pada banyak komputer.

    • versi upgrade juga adalah percuma termasuk update dan sebagainya. jika menggunakan Windows, kita mesti membayar untuk menggunakan versi terbaru.

    • semua perisian lain untuk anda gunakan adalah percuma. Malah semua perisian ini dibangunkan secara bersama oleh pakar-pakar komputer di seluruh dunia (berkongsi idea, pendapat, keupayaan dan bekerjasama dalam membangunkan perisian yang terbaik untuk semua pengguna)

      Contoh :
      adobe photoshop dan microsoft office – berbayar


gimp open office – free


This entry was posted on 10:12 PG You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikom,

Yup memang diakui bahawa sistem perkongsian sumber terbuka (open source softw/project) banyak memberikan kemudahan kepada semua orang.

Kalau pada pengguna komputer offline. Majoriti mereka semua menggunakan OS Windows.

Tetapi pelik sebab majoriti OS yang digunakan secara ONLINE seperti yang digunakan kebanyakkan komputer pelayan (Server Computer) untuk mendukung laman web dan aplikasi rangkaian adalah menggunakan OPEN SOURCE seperti LINUx server dan Apache.

wassalam...