Blog

Hot Deals !!

Small text message

Broadband dan Conference?

Khamis, 13 November 2008 - - 2 Comments

Entah kenapa beberapa minggu kebelakangan ini, sukar benar untuk online. Bagi talian telefon.. Celcom, Digi dan Maxis ketiga-tiganya pernah dilanggan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri namun akhirnya bertemankan 'Yellow Man' adalah pilihan terbaik untuk saya.

Walaupun Digi sering merupakan di antara yang terbaik di peringkat Asia Tenggara khususnya namun saya tidak ingin mengatakan bahawa ia juga adalah terbaik untuk anda. Penyedia perkhidmatan sentiasa akan cuba memenuhi kehendak pelanggan akan tetapi hanya kita yang mampu menentukan apakah yang terbaik dalam situasi sebenar kita.

Bagi talian internet pula saya memilih untuk menggunakan broadband kerana inginkan kelajuan yang memuaskan. Pada ketika itu cuma ada dua pilihan, Celcom dan Maxis. Setelah mencuba kedua-duanya akhirnya saya mengambil langkah untuk meneruskan hanya dengan satu sahaja provider.

Antara faktor pemilihan:
1 ) Saya mempunyai keperluan untuk berada di luar bandar. Liputan broadband yang lebih meluas dan merangkumi kawasan luar bandar yang perlu saya kunjungi.
2 ) Pada ketika itu saya sering bergerak ke sana-sini.. jadi saya perlukan mobiliti. Saya ingin mempunyai talian hampir di mana saja saya berada. Saya perlukan portable modem.
3 ) Pada waktu itu saya terpaksa menolak faktor harga untuk bermula (starter pack dan modem) kerana khidmat yang terbaik adalah yang saya perlukan.
4 ) Tidak mahu terikat dengan kontrak bayaran bulanan yang merugikan dalam jangka masa panjang.
5 ) lain-lain..

Akhirnya saya melanggan broadband+membeli modem Huawei model E220 dgn kelajuan maksimum modem 3.6mbps. Pada waktu itu kosnya menjangkau hampir RM2000. Wah !! Mahalnya.. tak mengapalah. Waktu itu ia adalah keperluan..

Berpuas hati, saya membeli satu set lagi (starter pack+modem Huawei E220 keluaran baru dengan kelajuan maksimum modem 7.2mbps). Harganya pula jauh lebih murah sekitar RM1500. Sekarang, harganya pasti sangat murah..

Setahun menggunakannya, tidak ada masalah. Cuma dalam sebulan mungkin ada hari-harinya tidak dapat online dalam 24 jam. Namun sebulan kebelakangan ini entah kenapa liputan agak mengecewakan bermula sekitar 6pm dan ke atas. Boleh online tetapi terlalu perlahan..Pidgin dan Empathy (instant mesengger) tidak dapat disambungkan atau sering terputus. Kopete juga begitu ditambah lagi dengan bugs yang belum dapat diselesaikan.

Kelajuan maksimum semalam:



Pidgin:
1 ) broadband telah dihubungkan
2 ) icon Pidgin kekal (sedang connecting-tidak berjaya)
3 ) status kekal (sedang connecting-tidak berjaya)

Apa yang cuba saya lakukan:
1 ) refresh talian (reconnect)
2 ) reconnect pidgin
hasil-tidak berjaya sehingga berusaha sehingga hampir 6 jam.
3 ) Empathy juga menyampaikan mesej Network error (bukan berpunca dari Empathy)


Kopete:
pada waktu pagi-petang ia berjaya disambung.


cuma..
ia akan bertahan selama beberapa minit sahaja sebelum mengalami crash.


Hasil pencarian untuk menyelesaikan masalah ini:


Kehabisan cara untuk turut serta dalam mesyuarat komuniti monsun secara online pada waktu malam..

This entry was posted on 8:42 PG You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hi, Dream Syndicate...

rasanya sekiranya dream syndicate mempunyai masalah dengan broadband sila la gi memana service provider branch untuk membuat aduan.. ianya lebih efektif dan tindakan susulan mungkin boleh di ambil.. atau terus je call member Dream Syndicate yang kerja kat service provider rasanya ia teringin ndak tolong tapi segan ndak call.. have a nice day!!! :P

CLoUd berkata...

thanx for d advice.
aduan sebelum ini menerima jawapan provider tidak support sistem Linux.
jadinya dalam waktu broadband mengalami gangguan saya cuba mencari sebab dan menyelesaikan pada sistem sendiri tp tidak berjaya.
baru2 ini pula saya dapat menggunakan laptop dgn sistem Windows di rumah namun masih tidak dapat online dgn baik.

kemudian, saya membuat kesimpulan bahawa masalah bukan timbul kerana compatibility sistem (baru teringat sebelum ini tiada masalah online guna Linux, malah jauh lebih laju berbanding Windows).

then I follow ur advice & buat aduan skali lg setelah pasti ia bukan kerana masalah kesesuaian sistem.