Blog

Hot Deals !!

Small text message

'Download' sepantas mungkin dengan Download Accelerator Plus 9 (DAP) !!

Khamis, 4 Disember 2008 - - 0 Comments


Download Accelerator Plus (DAP) 9 merupakan di antara 'download manager' yang paling terkenal dan menjangkau sehingga 165 pengguna di seluruh dunia. DAP menambahkan kelajuan muat turun anda jadi anda boleh mendapatkan semua fail, aplikasi dan video kegemaran anda sepantas mungkin. Malah ia dilengkapi dengan ciri keselamatan serta pengurusab fail yang membolehkan anda memuat turun apa sahaja dalam keadaan yakin dan fleksibel. DAP sungguh mudah digunakan, ia juga boleh berfungsi secara automatik dengan pelayar web anda bagi memberi kelajuan muat turun semaksimum mungkin. DAP 9 dilengkapi dengan keupayaan tambahan yang lebih terkedepan (advance). Ciri barunya termasuklah 'YouTube downloader' percuma, 'video converter' untuk iPod dan PSP percuma, muat turun stail Internet Explorer dan Firefox serta penganalisa keselamatan Multi Antivirus baru.



Sistem pengurusan muat turun ini membolehkan pemindahan fail yang pantas dan cekap. Bukan sahaja 200 peratus mengatasi kelajuan muat turun biasa malah mampu mencapai sehingga 400 peratus lebih dari biasa.

Selain menjadikan fail kepada bahagian-bahagian kecil, ia mencari 'mirror' dan sumber yang paling pantas. Ia juga mampu memuat turun dari beberapa laman secara serentak. Salah satu fungsi yang paling berguna ialah boleh menangguh dan meneruskan (pause & resume) muat turun sekiranya laman tersebut mempunyai had muat turun. Boleh melihat preview fail media semasa muat turun juga yang memberikan kelebihan kepada pengguna.

Sekiranya anda tidak mahu langsung untuk menerima muat turun dari beberapa laman, DAP ini mempunyai fungsi untuk menyenarai hitam mengikut kemahuan anda. Tidak cukup setakat itu, pengguna boleh menggunakan fungsi filter dan folder kategori bagi memastikan segala muat turun dapat disusun dengan baik.

Salah satu fungsi terkini User Interface (antaramuka grafik pengguna) ialah membenarkan pengguna memilih di antara stail muat turun Firefox dan Internet Explorer. Cuma sewaktu proses installasi, cadangan langganan emel, pemilihan fungsi asal dan toolbar yang agak banyak sedikit menggangu. Walaupun sarat dengan iklan dan promosi namun DAP mampu memberikan anda kepuasan.

This entry was posted on 3:00 PTG You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: