Kemaafan itu terlalu mahal harganya..
Sabtu, 1 November 2008 - - 2 Comments
Hmmph !! (menghela nafas panjang..)
Dalam banyak-banyak emel yang diterima, ada satu yang setakat ini benar-benar membuat saya berfikir panjang. Kebimbangan yang menjadi kenyataan.. dan selepas hampir dua bulan menyimpan emel ini, berfikir adakah patut ianya disiarkan akhirnya saya ambil keputusan untuk berkongsi dan tidak menyimpan ia seorang diri kerana ia melibatkan lebih ramai pihak yang harus mengambil perhatian.
“Kepada Dream Syndicate.
Maaflah ganggu tp ada benda nak cerita. Luahan kot..dah lama nak share tp tak tau kat sapa. Mestilah pasal monsun-biz ni. Dlm ramai-ramai y sya 'jumpa' kat dunia internet ni, hanya sorg je yg sya boleh letakkan kepercayaan. Nama sya tak tau tp sya kenal sbg Dream Syndicate je. Sorilah ye tp tak kisah kan kalo sya panggil gitu. Bukan apa, sya rasakan saudara/saudari ni lebih berkharisma, berkeyakinan dan matang. Lepas tu ada pendirian sendiri, berani dan pd kata-kata saudara/saudari ada kebenaran yang berbeza dari org lain, kat tgah-tgah tapi bukan lalang. Entah, tak tau nak cakap lagu mana tp dare to fail punya org. Bukan nak puji, nak bgitau bebarapa sebab supya Dream Syndictae tak trkejutlah, dgn sya tak kenal tak apa tiba-tiba hantar emel mcm ni. Jadi, adalah nak share ni..
Sya ni tak hebat macam kebanyakan org dlm dunia IT ni. Kira macam baru nak ceburkan diri lah. Bukan tak pernah join bisnes internet ni, macam-macam jugaklah. Affliate ke.. saham internet dulu (masa zaman swisscash tu) mcm-mcm lglah cuma sya tak sesuai dlm bidang internet ni kot. Dan yg tbaru sya join monsun-biz ni. Yelah, hari-hari nampak iklan kat surat khabar..keluar tv lg. Ada kelulusan mecd pastu tekun pun jadi partner. Tak mau percaya pun ada asas yg kukuh untuk percaya juga. Tekun tu nampak je macm mudah tp antara badan yg paling susah nak dapatkan kelulusan apalagi partner kalo tak betul-betul. Sya tak mau percaya sama kompeni pun tp kat mecd, tekun tu sya percaya. Diorg takkan suka-suka join kalo tak betul. Jadinya timbullah minat sya nak join sama.
Dulu sya bukan tak selalu join program buat duit kat internet. Nak jd jutawan lah kan. Tak jd pun takpa asal dapat ubah taraf hidup sudahlah nak bg anak bini makan. Nak hulur kat mak ayah kat kampung tu, bgi adik-beradik sorg sikit. Banyak dah beli ebook tp tak jadi apa pun. Mana yg tak lengkap lg, yg langsung tak boleh buat duit lg. Ada patut iklan kata nak bisnes internet untuk jd jutawan tp bgi ebook resepi masakan. Dah tu panduannya, suruh jual ebook tu. Mcm mana nak jual dia kata jual kat internet lah. Dah nama bisnes internet sya pun boleh pikir takkan nak jual kat pasar ikan pulak. Kalo pun sya ni buta IT tp jgn layan macam sya ni bodoh sgt tak tau apa. Kalo nak layan sya ni bodoh pun, ajarlah cara yg betul satu-satu. Tak mau ajar banyak pun layan baik sudahlah, bantu bila org yg tak tau ni tanya. Takpa lah, itu silap sya takdak ilmu internet.
Cari lg beli lg supya dapat ilmu tp rata-rata diorg bukan kaya sebab buat apa yg diorg ajar tu. Diorg kaya sebab kita bg duit bayar kat diorg untuk tau mcm mana diorg kaya. Sama ja semua tak jauh beza pun tp adalah yg betul bukan semua tak betul. Senang kata semua takkan turun ilmu sepenuhnya sebab taknak diorg punya market jatuh sebab tu masih simpan rahsia. Rahsia tetap rahsia, bg semua habislah diorg. Kemuadian dlm panduan tu, kalo nak buat macam diorg kena pulak keluar duit beli perisian lainlah, khidmat lain lg. Dlm iklan kata siap dapat perisian tp kdg-kdg bgitau je benda apa kena beli tp kita keluar duit lg. Bukan apa sya fahamlah bisnes memang mcm tu tp yg sya marah sgt sebab diorg sendiri iklan bagus melangit tp salahkan org lain bila org lain pun tarik custmer dengan iklan. Kemudian salahkan customer sebab tak reti pilihlah, tak buat researchlah. Kita dah beli produk diorg, bila kita join bisnes lain tp tak mjadi, kita pulak diorg pekena.
Inilah, pasal monsun ni. Diorg dok kata kita yg beli ni bodoh, tak btanya, tak buat research, itulah inilah..apa.. hina sgt kita yg tak tau IT ni? Bukan sya tak beli kebanyakan produk diorg-diorg tu pastu dok pakat hina pulak bila kita dok cuba bisnes dgn monsun ni tak berapa nak menjadi. Kurg ajar betul.
Sebab sya bodohlah sya beli ebook diorg..bayar diorg. Kalo sya pandai takdak nak trtarik sgt dengan iklan-iklan jadi kaya atau jutawan diorg tu. Kalo sya pandai jgn harap sya beli, sya boleh buat dan cari sendiri cara nak buat duit dengan internet. Kalo sya hebat buat research awal-awal sya tau diorg punya iklan saja bagus tp ebook lebih kurg mcm tu jugak. Kalo betul boleh jadi jutawan, dah ramai org yg beli ebook jadi jutawan. Sebab wujud org-org tak tau pasal sgt bisnes internet ni lah diorg ada customer.
Bila kita tanya lebih-lebih sikit mulalah melatah kata kita malas cari maklumat dalm internet tp sibuk dok kata kita tak tanya dgn org lg pandai. Diorg mengaku pandai sgt internet smp jd jutawan, kaya raya tp bila tnya pasal monsun aritu pun taknak layan. Cuma keluarkan kata-kata kasar, kesat, maki hamun, kutuk sana sini..paling tidak pun cuma tarik kita suruh beli produk diorg. Mana nak percaya kalo macm tu. Takmau bg pro kontra pun..takmau discuss cara baik pun. Pakat hentam saja..bila kita masuk monsun, kita skali jadi musuh diorg. Tak bg peluang langsung kat kita nak buat bisnes kita. Kalo cerita kelemahan saja sya tak kisah tp cara melampau betul. Bukan jatuhkan mirsb saja tp kita pembeli yg dah banyak keluar duit pun turut dijatuhkan dengan kata-kata diorg tu.
Apa, diorg senang petik jari je boleh claim semula? Diorg dah kasi jatuh sma monsun dan monnsuner kemudian mau kita ikut cakap diorg? Buat apa yg diorg suruh? Bukan ego tak mau terima nasihat tp pikir smula cara diorg tu betul ke tidak. Betul kata saudara/saudari Dream Syndicate, kalo diorg mau tolong mintak jengah-jengah monsun pun oklah. Kalo nak beli barang silakan..kalo tak mau tak perlu jatuhkan.
Entah kenapa tiba-tiba kali ini, sya betul-betul marah. Sya bukan byak duit, pinjam saja. Sekrang kena bayar hutang.. takpa, bisnes mmg tak semua menjadi. Dlm web yg jual ebook dan panduan ramai tulis ramai yg gagal bisnes internet dan ramai gagal pd tahun-tahun terawal.
Sya cuba tahan juga tp dlm hati sya bersumpah.. satu sen sya tak halal kat sesiapa juga yg trlibat dlm mirsb smp sya susah mcm ni. Pd sapa yg dok trlibat buat jahat ke, tipu atau apa ja yg tak betul.
Dan kepada semua bloggers yg jatuhkan monsun (mirsb jual monsun kat kami jd monsun adalah perniagaan kami) dan gunakan perkataan monsun untuk tarik org datang web diorg, untuk jual produk diorg. Yg jatuhkan monsuner, sya salah sorg yg tak maafkan perbuatan tu. Selama mana perkataan itu wujud dalam web diorg dengan mesej yg menjatuhkn semata-mata atau mengambil kesempatan atas yg sya faham sbg traffic. Selagi bila sya taip perkataan monsun kat google muncul laman web diorg yg menjatuhkan bisnes ni yg menyampaikan mesej sehingga org ramai jauhkan diri dari monsun pd setiap saat. Apa saja yg berkaitan itu sya tak maafkan dan tak halalkan hasilnya andai di situ wujud hak sya di mana saja yg berkaitan.
Sya bukan jahat sgt untuk tak maafkan org lain tp kali ini sya rasa teraniaya. Tak tau lah bila sya terbuka untuk maafkan diorg tp buat masa ini, harga untuk kemaafan sya ialah seluruh pahala diorg menjadi pemberat pd timbangan sya di akhirat nanti di pihak mirsb atau juga di pihak bloger dan yg berkaitan.
................................”
Ini adalah sebahagian kandungan emel yang saya terima di mana ia benar-benar merungsingkan saya. Ya, saya faham monsun biz tidak berapa menjadi kerana kesilapan MIRSB terutamanya dan itu tidak bermakna segalanya sudah berakhir akan tetapi apabila wujud faktor luaran yang turut memberikan kesan sampingan lain, inilah kebimbangan saya.. terlibatnya tuntutan antara di dunia dan akhirat..
Saya dalam keadaan bersalah dan keliru. Apa yang saya mampu lakukan kali ini hanyalah menyampaikan mesej ini kepada semua yang berkaitan. Pada awalnya beliau tidak bersetuju untuk kandungan emel ini disiarkan akan tetapi akhirnya beliau beralah sedikit apabila saya mengatakan adalah tidak adil bagi mereka yang berkaitan ini jika tidak tahu apa yang tersirat dalam hati beliau. Apatah lagi memandangkan tuntutan kemaafan itu terlalu besar untuk ditanggung, terlalu tinggi harganya.
Apa yang mampu saya katakan kali ini adalah terdapat sekumpulan monsuners yang tidak pernah berputus asa sanggup bekerja keras sehingga hari ini untuk menaikkan semula monsun biz, mengutamakan kepentingan bersama dan meninggalkan kepentingan sendiri. Dalam kepayahan, dalam keperitan dan dalam serba kekurangan. Mungkin ramai yang menganggap ia suatu tindakan yang mengarut tetapi bagi saya mereka adalah pejuang yang berani dan kental dalam menghadapi cabaran dan kegagalan. Dan bagi monsuners di luar sana, saya mencadangkan agar anda menyertai forum milik monsuners di www.monsunbiz.co.cc untuk turut serta dalam usaha demi kebaikan dan kepentingan bersama. Orang lain hanya akan memandang dari mata mereka tetapi hanya monsuners yang akan berusaha dari sudut dan situasi sebenar.
p/s : teringat kisah seorang pemuda mencari halalnya sebiji epal hanyut di sungai ketika dalam keadaan terlalu lapar pun perlu diminta bekerja bertahun-tahun inikan pula...
Keampunan ALLAH bila-bila saja kita boleh minta kerana DIA Maha Pengampun tetapi sesama manusia kita harus mendapatkannya sendiri..
This entry was posted on 3:45 PTG
You can follow any responses to this entry through
the RSS 2.0 feed.
You can leave a response,
or trackback from your own site.
2 ulasan:
Assalamualaikom...
Sebak hati saya mendengar email luahan tersebut...
Ya sememangnya itulah dugaan yang kami semua (monsuner) sedang hadapi.
Pada saya, kita sedang menghadapai 7 jenis tekanan:
1. Tekanan dari Pihak MIRSB
2. Tekanan dari Internet Marketer
3. Tekanan dari Penyewa Monsun
4. Tekanan dari Monsuner sendiri
5. Tekanan dari Pesaing Monsun
6. Tekanan dari Saudara-mara dan Sahabat.
7. Tekanan dari Pihak Pemberi Pinjaman.
Semua tekanan diatas pasti akan menjerumuskan kita kepada kegagalan. Hanya kesabran, doa dan usaha gigih mampu menahannya.
faktor utama adalah kegagalan pihak MIRSB sendiri dlm pembangunan monsun spt y 'wajib' mereka sempurnakan. inilah y menyebabkan tekanan2 lain benar2 diluar kawalan. walau apa jua alasan MIRSB ia adalah sesuatu y tidak boleh diterima namun ia juga bukan alasan y membenarkan pihak lain untuk mengambil kesempatan dlm keadaan y tidak sepatutnya.
p/s: sesuatu itu belum berakhir selagi ia belum benar2 berakhir. selagi ada usaha, selagi itu tiada istilah putus asa.
Catat Ulasan